4 Golongan Lelaki Yang Akan Diseret Ke Neraka Oleh Wanita

Posted on Juni 17, 2013

0



Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yangg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah:1. AyahnyaApabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.Wahai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya sholat & saum? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.



2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di kantor, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami diam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah telat, saumnya tidak ketinggalan, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
Wahai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.


3. Abang-abangnya/Saudara laki-lakinya.
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah/harga diri wanita jatuh ke bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiar melenceng dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
Wahai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan dikira kau terlepas… kau juga akan mempertanggungjawabkan di akhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelimang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.


4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya maka anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak dan nantikan tarikan dari ibunya ke neraka.
Wahai anak-anak lelaki sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa. Tak terlepas dari melakukan dosa, selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi temannya di neraka.
Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka, kaum lelaki yang bergelar AYAH/SUAMI/ABANG atau ANAK LAKI-LAKI harus memPERHATIKAN KESEHARIAN mereka.




Posted in: /Artikel